Kembara Bali - Itinerari 6 Hari 5 Malam
Travel Date : 09 September 2018 - 14 September 2018
Aku sewa motor dengan kadar 100k rupiah sehari. Aku set Waze ke Potato Head Beach Club, Seminyak. Aku dah baca banyak tentang club ni. So nak explore apa yang menarik club ni. Jaraknya lebih kurang 9.7 KM. Tak lah jauh sangat dari Kuta, tapi perjalanan ke sana ambil masa sejam campur dengan jam nya. Jalan dia punya la sempit dengan motor pun boleh sangkut jam.
Setibanya aku di Potato Head Beach Club, aku explore apa yang best sangat tempat ni. Bagi aku ia sebuah club yang ramai pengunjung nya anak anak muda nak lepak dan enjoy environment disni. Club ni private dan environment dia best. Crowded dan susah nak dapat tempat duduk. Aku tunggu la setengah jam cuba nasib kalau boleh dapat tempat duduk. Memang tak la nak dapat seat kat sini, tersusun kot orang que menunggu. Sesiapa nak pergi sini kena buat booking dulu. So aku lupakan la niat nak lepak club ni. Aku explore Seminyak la.
Bagi ku Seminyak ni tempat nya tak happening dan boleh beku bila tiba malam. Kalau nak privacy boleh la duduk sini. Ikut pada Agoda banyak villa yang best disini. Ok aku nak tamat kan cerita tentang Seminyak. Tak banyak yang aku explore. Aku tak boleh hidup di Seminyak ni.
Aku set kan Waze ke Krisna Ole Ole Bali. Disini nak beli ole ole (souvenir) murah dan harganya tetap tak payah nak bargain. Sebenarnya aku bukan tau pasal kedai ni pun, ini orang Malaysia yang aku tegur di Mc Donalds di Kuta pagi tadi. Okay la kedai disini. Aku recommend sesiapa nak beli souvenir tu disini.
Hari ketiga ku berakhir disini. Ingat nak sambung tour ke Tanah Lot sebab jam masa tu baru pukul 4:45 pm. Bila check Waze tu adalah dalam 1 jam 15 minit perjalanan. Nak sangat tengok kawasan tu. Tapi Inyong cakap perjalanan kesana mungking lebih dari tu sebab "macet" sampai pun dah gelap. Aku pun lupa di Bali ni waktu nya sama saja dengan Malaysia tapi senja nya pukul 6:10 pm. Jadi aku lupa kan la niat aku nak kesana walaupun nak pergi sangat. So aku lupakan la saja niat aku nak ke Tanah Lot dan terus ke hotel. Ternyata apa yang Inyong kata tu betul. Sangkut jam jer dah 2 jam 30 minit. Sampai hotel pukul 7:45 pm. Sampai hotel aku mandi dan keluar dinner saja. Dinner aku cuma di Pizza Hut sebelah Grand Mecure Kuta. Aku rasa tour hari ni berbaloi sekali dengan amount yang aku bayar so aku decide aku nak teruskan tour untuk esak hari dengan Inyong. Aku buat deal dengan dia terus. Dia akan jemput aku besok pagi pukul 8:30 am.
Day 4/Hari ke 4
1. GWK - Garuda Wishnu Kencana
Assalammualaikum,
Ini adalah kembara pertama kali ku ke negara Indonesia dan Bali ada province pertama kaki ku jejak di negara ini. Tidak banyak yang aku tau tentang Bali ni sebab tak Google apa yang di kongsikan oleh blogger blogger pengalaman yang telah menjelajah ke merata dunia sebab aku malas. Apa yang aku tahu ada beberapa tempat saja yang aku nak pergi itu pun aku tengok apa yang orang yang kongsikan di Instagram. Antara preliminary location yang aku nak pergi:
- Nusa Penida : Kelinking Beach, Angel Of Billabong, Broken Beach
- Tanah Lot (missed out)
- Gunung Berapi Bantur di Kintamani
- Dinner di Jimbaran
- Tour ke Nusa Penida
Tiga tempt teratas ni saja yang aku tau dan nak kunjungi semasa 6 hari disana. Yang lain aku tak tau sangat. Tengok la nanti bila dah sampai aku ambil la pamphlet kat airport or hotel untuk aktiviti disana.
Aku plan nak pergi Bali ni bulan Januari lepas balik saja dari Koh Samui. Asik pergi pulau pulau kat Thailand jer kali ni aku nak cuba Bali sebab jakon tak pernah pergi. Tiket flight aku beli ni aku rasa agak mahal sikit, RM 493.50 dengan Air Asia. Aku baca blogger blogger kebanyakannya boleh dapat kurang dari RM 400. Tak per la belasah saja.
Duit poket yang aku bawak cuma IDR 4,700,000. Rate yang aku beli time ni adalah RM 285/IDR 1,000,000. RM 300 tu aku spare untuk beli tour ke Nusa Penida.
Ok aku cuba detail kan nota aku di Bali sehalus yang mungkin.
Day 1/Hari pertama
12:30 pm - Flight ke Bali selama 4 jam. Agak lama sikit dari duration serener 3 jam sebab kapal kena pusing pulau selama 1 jam, tak dapat kebenaran nak mendarat agaknya.
Mendarat di Ngurah Rai airport repart jam 4:30 pm dan selesaikan urusan immigration dan luggage kurang 1 jam. First thing yang aku buat dan terburu buru ialah beli SIM card di airport. Sebab tak buat research kan, main beli je di airport. Harga nya IDR 300,000 sama dengan RM 85.50 untuk 16 GB data. Gila punya mahal SIM card ni tapi aku takde choice sebab nak book GRAB so beli saja la. SIM card ni beli dari booth Telkomsel. SIM card ni namanya SIMpati. So ada first timer yang ke Bali ni, says suggest jangan rushing sangat nak beli SIM card dekat airport, beli di Kuta especially dalam shopping mall (Beach Walk Mall) depan saja dengan pantai Kuta. Boleh dibeli dengan IDR 80k tak silap untuk 5GB data. Lupakan tentang SIM tu.. aku move on. Aku book GRAB untuk ke hotel ku, murah saja tambang nya dalam 20k rupiah dari naik teksi Bluebird 150k rupiah. Dari airport ke hotel aku tak lah jauh sangat, dalam 5 km saja di Kuta, Jalan Poppies 2 tapi macet (jam) nya 1 jam.
Aku tinggal di Grand Barong Resort. Booking di Agoda memang pilihan aku kemana aku nak cari tempat tidur, aku guna agoda. Untuk aku hotel hotel di Bali ni murah kalau nak di compare kan dengan di Phuket, Krabi & Samui. Aku bayar RM 160 untuk bilik yang besar.
Selesai check in aku tak de apa plan, keluar jalan kaki around Pantai Kuta saja. Nak cari restoran untuk dinner. Cuba la cari restoran yang HALAL yang merupakan agak sukar untuk orang yang macam aku. Bila ditanya kat waiter/waitress boleh plak yang dijawabnya ada yang halal ada yang tak. Bila aku tanya apa bezanya?? Yang ayam, sapi (lembu) dan ikan tu Halal pak yang babi tu haram. Terkedu aku dengar dan tekak jadi loya nak makan. End up aku makan di McD saja sebab dia memang halal. Apa yang buat aku konfiden bila logo halalnya macam ni:
Nampak logo macam ni baru aku confident kebab sijil halalnya di keluarkan Majelis Ulama Indonesia. Kalau setakat letak logo halal jer aku masih was was. Nothing yang aku buat lepas tu lepas makan jalan jalan sikit depan pantai Kuta dan balik hotel tidur.
Day 2/Hari kedua
Hari ni bagi ku hari yang membosan kan. Mengapa? sebab aku tak tau nak buat apa. Maklum la first time sampai Bali. Pagi pagi dah keluar jalan kaki area Kuta, lepas 1 jam dah bosan maybe sebab Kedai kedai tepi jalan semua benda yang sama. Kalau tak kedai makan, restoran or kedai ole ole. Lagi satu panas terik di Bali ni tak boleh nak angkat dengan sistem badan aku. Aku jalan ke patati Kuta pula. Ramai orang dan pantai nya agak kurang sesuai untuk mandi sebab ombak nya kuat. Niat aku nak mandi disini terbantut. aku lepak dalam setengah jam lepas tu masuk mall depan pantai iaitu "Beach Walk Shopping Centre" sebab nak ambil aircond.
Setibanya aku di Potato Head Beach Club, aku explore apa yang best sangat tempat ni. Bagi aku ia sebuah club yang ramai pengunjung nya anak anak muda nak lepak dan enjoy environment disni. Club ni private dan environment dia best. Crowded dan susah nak dapat tempat duduk. Aku tunggu la setengah jam cuba nasib kalau boleh dapat tempat duduk. Memang tak la nak dapat seat kat sini, tersusun kot orang que menunggu. Sesiapa nak pergi sini kena buat booking dulu. So aku lupakan la niat nak lepak club ni. Aku explore Seminyak la.
Bagi ku Seminyak ni tempat nya tak happening dan boleh beku bila tiba malam. Kalau nak privacy boleh la duduk sini. Ikut pada Agoda banyak villa yang best disini. Ok aku nak tamat kan cerita tentang Seminyak. Tak banyak yang aku explore. Aku tak boleh hidup di Seminyak ni.
Aku set kan Waze ke Krisna Ole Ole Bali. Disini nak beli ole ole (souvenir) murah dan harganya tetap tak payah nak bargain. Sebenarnya aku bukan tau pasal kedai ni pun, ini orang Malaysia yang aku tegur di Mc Donalds di Kuta pagi tadi. Okay la kedai disini. Aku recommend sesiapa nak beli souvenir tu disini.
Malam aku cari dinner di Kuta, dah lapar. Dah boring nak sebat Mc Donalds, nak makan nasi pulak. So aku masuk "Beach Walk Shopping Centre" cari kedai makan halal dan aku makan di Pepper Lunch di tingat 2 mall tu. Selesai makan, aku jalan jalan di area Kuta ni dah rasa bosan. Tak de yang istimewa di Kuta ni. Aku balik hotel dan tanya hotel cari kan aku driver untuk hari esok nak explore apa keistimewaan Bali. Harga driver ni agak mahal jugak la dalam IDR 600,000. Tak per la aku belasah saja kalau tak aku beku 5 hari kat Bali ni. Naik bilik terus mandi then kong. Ingat mandi nak jalan jalan di Legian plak. Sini banyak pub dan night club. Tapi badan aku dah longlai terus malam kedua ku tamat disini.
Day 3/Hari ketiga
Driver yang datang pick up aku ni nama panggilan nya Inyong. Nama sebenarnya dia Mutaqim. So harini la hari yang best aku rasa di Bali ni. Aku tak sure aku nak pergi mana, jadi schedule aku ni serah kan saja kepada driver. Biar dia jadi tour guide aku. Aku tak nak cerita banyak nanti jadi merepek. Itinerary untuk hari ketiga:-
- Perindustrian Batik
- Melawat Kilang Silver
- Melawat Ladang Luak Coffee & Bali Swing
- Kawasan Pergunungan Berapi Kintamani
- Tegallalang Paddy Terrace Field
- Kedai Batik (driver tu sebut industri) - Kalau boleh skip kan yang ini. cakap dengan driver tu tak payah pergi, Tiada yang menarik pun. Setakat batik ni kat Terengganu pun dah cukup kalau nak tengok.
- Kilang buat Silver - Skip
- Temple Temple di Ubud - Aku choose to skip. Aku tak berminat nak masuk temple temple Hindu ni walaupun aku tau seni architectural dia cantik dan menarik.
- Kopi Luak Bali - Salah satu attraction yang paling banyak dan bersepah di Bali ni. Tempat ni best untuk aku sebab disini ada "Bali Swing" salah satu benda yang aku nak buat di Bali ni. Di tempat ni jugak ada demo macam mana kopi dibuat. Bukan details pun dia tunjuk, hanya untuk tourist attraction. Bukan ladang kopi sangat more tu tempat buat duit untuk jual kopi dan swing. Disini aku banyak sekali aku amik gambar sebab view disini cantik. Oh ya dia ada bagi testing free coffee dan tea untuk 13 flavour to 15. Yang aku tertarik sekali perisa Lemon Grass dan Manggis.
- Kintamani - Kawasan pergunungan berapi. Kawasan ni aku tak pernah dengar pun sebelum sampai kat Bali. Seperti yang semua orang tahu kecuali aku, disini letaknya dua gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Batur dan Gunung Agung. Gunung Agung tu aku tau la pasal dua kali erupted dalam tempoh setahun ni. Dah driver yang bawak aku kat sini, aku ikut kan saja. Aku rasa ini salah satu pit stop untuk tour guide aka "supir" di Bali ni. Bila dah sampai, masya allah, indahnya ciptaan Allah s.w.t. Alangkah syukurnya aku buat keputusan untuk mengupah driver untuk bawak aku tour hari ni. Cantik sungguh dan nikmatnya pemandangan gunung Batur ni. On the way jalan ke Kintamani ni kita akan dapat lihat keindahan Gunung Agung. Memang tinggi dan first time in my life aku lihat gunung berapi depan mata aku. Aku spent time dalam sejam setengah kat sini. Lunch dan menikmati pemandangan Gunung Berapi Batur depan mata. Lunch disini dijual dalam ala buffet dan dia charge IDR 135,000/head. Kawasan ni sejuk macam air cond dan terkenal dengan Limau mandarin. Orang Bali panggil jeruk.
![]() |
| Mount Agung dan sememangnya dia memang Agung dimata ku. Nampak gagah |
![]() |
| Mount Batur |
- Tegallalang Rice Terrace - Lagi satu tempat yang best aku pergi. Aku tak rasa rugi lansung nak pergi. View sawah padi disini cantik bertingkat tingkat padi ditanam. Sini jugak ada swing dengan view yang cantik. Untuk pengunjung yang pertama kali ke Bali ni, ini salah satu pit stop harus untuk dilawati.
Hari ketiga ku berakhir disini. Ingat nak sambung tour ke Tanah Lot sebab jam masa tu baru pukul 4:45 pm. Bila check Waze tu adalah dalam 1 jam 15 minit perjalanan. Nak sangat tengok kawasan tu. Tapi Inyong cakap perjalanan kesana mungking lebih dari tu sebab "macet" sampai pun dah gelap. Aku pun lupa di Bali ni waktu nya sama saja dengan Malaysia tapi senja nya pukul 6:10 pm. Jadi aku lupa kan la niat aku nak kesana walaupun nak pergi sangat. So aku lupakan la saja niat aku nak ke Tanah Lot dan terus ke hotel. Ternyata apa yang Inyong kata tu betul. Sangkut jam jer dah 2 jam 30 minit. Sampai hotel pukul 7:45 pm. Sampai hotel aku mandi dan keluar dinner saja. Dinner aku cuma di Pizza Hut sebelah Grand Mecure Kuta. Aku rasa tour hari ni berbaloi sekali dengan amount yang aku bayar so aku decide aku nak teruskan tour untuk esak hari dengan Inyong. Aku buat deal dengan dia terus. Dia akan jemput aku besok pagi pukul 8:30 am.
Day 4/Hari ke 4
Inyong datang tepat pukul 8:30 pm. So schedule aku serah kan saja pada dia. Sini aku stated kan itinerary aku untuk hari ni.
- 10:00 am - 12:00 pm GWK - Garuda Wishnu Kencana
- 1:00 pm - 2:30 pm - Pantai Nusa Dua
- 3:00 pm - 3:30 pm - Pantai Pandawa
- 4:00 pm - 4:30 pm - Dreamland Beach
- 5:00 pm - 5:45 pm - Pura Uluwatu
- 6:15 pm - 7:45 pm - Dinner @ Jimbaran
Hari ni boring sikit untuk tour ketempat diatas kecuali ke Uluwatu saja. Maybe next time kalau aku datang sekali lagi ke Bali aku akan skip day tour hari ni kecuali ke Nusa Dua dan Uluwatu
Entrance fee : IDR 80,000/person
Tempat ni cuma ada patung hindu saja. Dan juga ada statue GWK yang lagi tinggi dari Statue Of Liberty katanya. Statue ni dah 5 tahun dibina dan masih belum siap lagi. Dia merupakan cultural park dan tiada apa yang istimewa tentang park ni melainkan dari bayar yang mahal untuk masuk kawasan ni. Mungkin untuk ambil gambar cantik la. Kalau aku tau aku skip pergi sini, membazir bayar mahal untuk tengok patung Hindu ni. Kat Batu Caves pun ada patung jugak tak de la nak kena bayar nak masuk walaupun aku tak pernah masuk. Aku buang masa 2 jam kat sini ambil gambar, main panas dan tengok tarian Barong. Tak minat pun aku tengok cultural show dorang. Tengok tak sampai 5 minit aku gerak.
![]() |
| GWK Statue |
Selesai saja di GWK aku cakap dengan Inyong aku nak lunch. Dia bawak aku makan di restoran ayam penyet yang nama dia aku dah lupa. Restoran ni merupakan pit stop untuk tour guide di sini. kalau tour di area selatan Bali ni. Aku nak bagi tau semua la in case kalau tour ke selatan ni supir mesti stop kat restoran ni untuk bawak tourist makan so restoran ni akan bagi commission kat dorang. Aku tak recommend sebab overprice, tak sedap dan makanan tak panas. Kedai makan ayam penyet "Waroeng Penyet" kat The Curve tu lagi sedap. Kalau boleh suruh dia bawak kat Restoran Nasi Padang yang bersepah di tepi jalan otw ke next pit stop. Kalau you all nak makan jugak boleh teruskan la.
2. Pantai Nusa Dua
Sini merupakan kawasan yang exclusive dan penuh privacy. Kebanyakan hotel dan resort bertaraf 6 bintang ada disini dan dikawal ketat dengan askat bersenjata. Bila Raja Arab Saudi datang, kawasan ni semua dia book dan tutup selama beliau ada disini.
Pantai disini memang menarik sebab air nya biru dan ombak dia cantik. Aku ada youtube pasal Water Blow sebab ombak dia merempuh kawasan batu karang. Memang cantik kalau ombak menghempas pantai tapi time aku pergi ni ombak tak kuat kadang kadang jer ada tu pun sikit saja. Dapat la tengok sekali dua. Please click link di bawah kalau nak tengok ombak hempas disini.
Disini jugak ada pantai sebelah temple yang tempat dia tak berapa besar. Aku suka sini sebab anginosa laut nya sejuk. Macam angin aircond. Ni tempat dia. Memang cool beach ni. Lagi satu tempat ni Sacred untuk orang sini mengikut apa yang Supir aku cakap la. Tak boleh mandi kot.
Sebelah pantai ni ada pantai yang ramai orang mandi tapi tak boleh masuk sembarangan jugak sebab ni private beach yang dimiliki oleh resort disini. Tempat mandi dia sikit jer..
Lama jugak la aku lepak sini sebab aku suka environment disini. Next time kalau aku datang Bali aku akan lepak satu hari disini. Mandi dan lepak tepi beach walaupun panas tapi angin dia cool.
3. Pantai Pandawa
Tiada yang special kat beach ni. Crowded sebab pantai dia biru dan boleh mandi jugak. aku tak lepak lama disini sebab aku tengok pantai dia biasa. 15 minit aku chow.
4. Dreamland Beach
Sama jugak macam Pandawa beach. Aku tak lepak lama sebab beach dia biasa tapi beach ni dekat dengan Golf Club & Water park. Nak masuk pantai pantai yang aku sebut ni bukan free semua kena bayar tapi aku dah lupa. Beach ni lain macam sikit nak kesana kena naik shuttle. Tu saja yang beza nya.
![]() |
| Dreamland Beach |
Ada lagi batu beach yang kena pergi iaitu Padang Padang Beach. Yang ni unik sikit dari yang lain sebab dia nak sampai ke beach tu akan lalu tepi gua dan beach ni file "Eat Pray Love" ada buat scenes disini. Aku skip beach ni sebab dah penat dengan beach sebab panas. Aku terus kan next stop aku ke Pura Uluwatu.
5. Pura Uluwatu
Ni last pit stop aku sebelum dinner. Salah satu tempat yang aku nak pergi bila ada di Bali ni. Selalu tengok orang share di IG of FB. Sini pun ada entrance fee tapi aku dah lupa berapa sorry aku dah penat. Bayar dah masuk saja. Seperti yang semua tamu yang pernah sampai sini, tempat ni merupakan temple dan tempat suci. Jadi setiap pengunjung yang pakai short kena pakai sarong. Sorry aku kolot sikit tak tau. First time sampai Bali.
Owh tempat ni tak cakap la. Cantik sungguh!!! Dia tepi cliff dan lihat view pantai dibawah. Aku tersenyap sekejap. Pandang lama view dan pantai di bawah.. indahnya ciptaan Allah swt. Lama jugak aku pusing kawasan ni tengok spot yang cantik untuk view beach ni. Aku ingat nak stay lama sikit nak tengok sunset tapi bila dah lebih masa sikit mula lah rasa bosan. So lupa kan la sunset dan perut pun dah lapar.
![]() |
| Panorama view of Uluwatu |
6. Sunset Dinner @ Jimbaran
Ni salah satu wanted list aku kat sini la. Kenapa? ramai orang post kat ig macam best suasana makan kat sini sambil tengok sunset. So aku pun kesini nak masuk dalam golongan yang dah sampai kesini.
Well, menu dia simple tapi harga cekik darah. Dah sampaikan makan jer la. Sunset pun tak dapat tengok sangat sebab dia turun dibalik awan. Aku order la menu Flamboyant yang berharga IDR 299,000. Kira yang ni paling murah la.. Ada satu kakap merah (Red Snapper), Lobster, clam, cumi (sotong) goreng tepung, Udang kecil.. punya la mahal dia charge udang dia seketil saja tu pun bukan udang kertas. Semuanya dibakar dengan bumbu. Biasa biasa saja la masakan nya tak sedap pun. Harga saja mahal nak mampos. First and last aku datang sini. Janji dah merasa.
Day 5/Hari ke 5 - Day Tour To Nusa Penida
Ini la hari yang paling aku tunggu di Bali. Jalan satu hari ke Nusa Penida.
Aku beli tour ni kat booth di Pantai Kuta dengan harga IDR 800,000/person. Harga yang di bukak IDR 1,350,000 aku mintak diskaun 700,000 dia turun sikit sikit sampai la aku dapat 800k = RM 228.00. Untuk aku ni kira ok la harga dia bagi. Mahal kan untuk island tour ni. kalau kat Thailand belanja dia tak sampan RM 150/person. Aku bayar je la sebab nak pergi sangat. Pakej dia hotel transfer ke Sanur, West trip yang merangkumi 4 tempat, transport dan tour guide di Pulau dan makan tengah hari. Tempat yang dia bawak pergi untuk West trip ni ialah:-
- Kelinking Beach
- Angel Of Billabong
- Broken Beach
- Mandi di Crystal Bay
Pick up di hotel jam 6:30 am dan sampai di Sanur beach pukul 7:15 am. Sini kira centre untuk ke Nusa Penida, Lembogan Island dan Lombok.
Boat tolak pukul 8:15 am dan perjalanan ambil masa 1 jam untuk sampai ke Nusa Penida. Dalam perjalanan ni kita boleh menikmati permandangan Gunung Agung.. Sepanjang perjalanan aku dalam boat ni aku pandang saja Gunung Agung ni.
Sampai saja pulau, aku di bawa naik tour naik Suzuki APV. Perjalanan pertama ke Pantai Kelinking. Perjalanan mengambil masa 1 jam nak sampai ke spot ni. Jalan dia sempit separuh tar dan separuh tanah liat. Jalan dia muat untuk satu kereta saja tapi driver driver di Pulau ni memang terrer. Jalan yang sempit dan bumpy ni dia boleh bawak laju. Memang tabik dengan driver disini. Aku tak nak cerita banyak, lebih baik aku share kan gambar saja sudan boleh bicara.
1. Kelinking Beach
2. Angel Of Billabong
3. Broken Beach
4. Crystal Bay Beach
Last pit stop kat Nusa Penida. Tak ada yang istimewa kat pantai ni cuma ramai orang mandi. Tour guide to bagi 30 minit saja nak mandi, tapi aku tak mandi pun. Panas!!! Sekadar lepak kat shelter order air kelapa. Mahal jugak air kelapa dia 25,000 rupiah. Tepat jam 3:45 kita gerak ke jetty untuk catch up boat ke Sanur.
![]() |
| Panorama view of Crystal Bay Beach, Nusa Penida |
Ringkasan Nusa Penida
- Sebuah pulau yang ada imej dia tersendiri. Aku kagum dengan keistimewaan pulau ni. Setiap tarikan di Pulau ni ada identiti dia tersendiri.
- Kalau ke Bali jangan lupa singan Nusa Penida walaupun fees dia agak mahal tapi datang la dan rasai pengalaman dalam APV untuk ke setiap venue tarikan di Pulau ni.
- Jangka masa untuk setiap stop ialah 30 - 40 minit. Memang tak cukup tapi masa ni telah dikira oleh syarikat yang menyediakan tour ni agar dapat catch up last boat ke pantai Sanur.
- Banyak kan minur air kerana Pulau ni panas bangat.
- Bagi yang nak puas dan lepak lama kat setiap stop ni aku suggest overnight kat Pulau ni dan boleh sewa motor untuk ketempat tarikan di Pulau ni cuma kena bersedia sebab jalan dia tough.
- Kalau ada peluang aku nak turun di bawah dan mandi di Pantai Kelingking. Menurut tour guide disini perjalanan nak turun bawah ambil masa 1 jam dan naik 1 jam 20 minit.
Day 6 - Last Day in Bali
Hari ni merupakan last day aku di Bali. Flight balik ke KL pukul 6:15 pm. Aku dah arrange dengan Inyong untuk pick up aku di hotel untuk hantar ker Ngurah Rai International Airport. Dia charge aku IDR 150,000 walaupun aku tau overcharged dan aku boleh dapat lagi murah dengan GRAB tapi niat aku nak sedekah saja. Sebab dia memang seorang yang baik dan sopan. Oh ya dia Islam dan banyak tunjuk ajar kat aku mana yang halal dan mana yang tak. Jarak airport dari hotel aku di Legian ni cuma 5 km saja, kalau naik GRAB baru IDR 25,000 tapi aku nak kan jugak Inyong tu hantar aku.
Lepas breakfast di hotel aku ke Billabong Outlet di Ngurah Rai Bypass. Balance ongkos rupiah aku banyak lagi so aku kesini nak cari water short. Memang murah disini, aku beli dengan IDR 374,000 bersamaan dengan RM seratus lebih je la tak sampai RM 150 pun. Sorry aku malas nak convert.
Then aku ke Kuta nak bagi goodbye kiss kat sini. Aku naik GRAB ke Hard Rock Hotel dan bergambar disini. Selama aku kat Bali ni kat area sini aku tak bergambar so tembak la kamera HP aku.
Aku balik hotel balik mandi sekali lagi sebab dah berpeluh. Siap siap dan kemas beg untuk check out. Setelah selesai semua urusan hotel, aku jalan kaki di Jalan Legian ke Memorial Park (2002 Bali Bombing Memorial). Jalan depan sikit ada restoran Padang. Aku pun singgah dan makan sini. Boleh tahan sedap dia. Then balik hotel tunggu Inyong datang pick up aku di lobby.
Aku tamat kisah kembara pertama kali aku ke Bali disini. Sehingga ketemu lagi. Itu pun kalau aku rajin sangat nak buang masa nak type.
Sini aku nak kongsikan tip tip yang aku dah experience di Bali ni.
Aku tamat kisah kembara pertama kali aku ke Bali disini. Sehingga ketemu lagi. Itu pun kalau aku rajin sangat nak buang masa nak type.
Sini aku nak kongsikan tip tip yang aku dah experience di Bali ni.
- Transport - Sebaiknya naik GRAB untuk bergerak di area Kuta ni. Kalau nak guna GRAB ni nak ke Ubud or tempat tourist spot, dia boleh hantar saja balik kena guna taxi sap sebab masyarakat disini support taxi sapu ni. Even syarikat teksi yang terbesar di Indonesia, Bluebird pun kena gam nak pick up di tourist spot.
- Sebaik nya hirer driver or Supir untuk tour ke Bali ni. Dia orang tau mana tempat nak dibawak. Ni nombor driver aku. Nama dia Mutaqim nama panggilan dia Inyong. Nombor dia +62 81236834763. Rate dia bagi aku IDR 400,000.
- Aku ni cerewet dari segi Halal. Kalau aku nak makan make sure ada chop rasmi Halal dari Majelis Ulama Indonesia. Moral of the story, pasti kan betul betul halal or confident enough nak makan tanpa was was.
- Kalau nak beli sesuatu dari peniaga luar ni cuba mintak kurang. Mintak sebaik mungkin.
- Aku miss out ke Tanah Lot. Buat jadual sendiri untuk puas kan dapat cita cita nak melawat ke tempat tourist spot.
- Kalau ambil driver untuk ke tour ke selatan Bali, sila lihat map kalau tak sure. Kalau tak nak mandi di pantai suruh driver skip kan ke Pantai Pandawa, Dreamland dan Padang Padang beach. Pada pandangan mata aku, nothing special beach ni melainkan nak mandi laut. Sini saja boleh buang masa. Lebih baik pergi ke Tanah Lot dari nak pergi 3 beach ni.
- Yang paling aku impress dengan Bali ni ialah masyarakat nya. Dari first time aku jejak kaki sampai aku balik, semua orang yang aku jumpa baik baik, sopan dan hormat orang.








































Comments
Post a Comment