Nota Kembara Ke Koh Samui Part 1 (24/10/2016 - 27/10/2016) = Latepost

Assalammualaikum,


Boleh kata kan agak lambat untuk aku nak kongsikan pengalaman perjalanan dan percutian aku ke Koh Samui pada Oktober 2016. Sebabnya ni first time aku nak blog dan aku rasa aku perlu share pengalaman aku sepanjang berada disana. Ada yang mungkin aku dah lupa apa yang aku buat disana, jadi mana yang memori aku boleh recall back perjalanan dan sejarah aku kat sana, aku sumbat je la kat blog ni.

Ini adalah kali pertama aku ke pulau Samui ni, jadinya ada banyak benda yang aku sedikit kekok tentang selok belok pulau ni.


Langkah Pertama

Aku naik AirAsia di mana harga ticket nya aku lupa, yang aku ingat aku amik promo lah dan aku bayar tak lebih dari RM 200 seorang. So, kalau nak ke Koh Samui via AirAsia dia tak direct landing di Airport Samui (USM). Air Asia hanya mendarat di Surat Thani airport (URT). Hanya Firefly saja ada buat direct flight ke Samui tapi tiket nya murah sikt la (memang tak la...) mahal RM 1000 keatas untuk one way trip. Tak silap aku dah tak wujud lagi dah Firefly ke Samui. Itu aku tak pasti, bila aku check website Firefly dah tak wujud setakat malam ni la (Nov 2017).

Aku cut short la tulisan aku ni ke tiba di airport Surat Thani. Sampai je aku dah blurr sotong, tak tau nak buat apa bila keluar dari imigresen. Maknanya tak tau langkah seterusnya nak buat apa untuk sampai ke Pulau tu dari airport ni. Maklum la aku ni malas nak Google main redah jer. 

Keluar saja dari arrival hall ada agent approached aku, tanya nak kemana, aku cakap aku nak pergi Perhentian Islando, jadi bengap sekejap dia then aku bleak.. aku terus cakap aku nak ke Samui, apa mau bikin. Then dia terangkan la macam mana, tak silap aku ambil dengan Phantip Travel so dia terang kan la macam mana pakej dia then aku terus bayar which aku dah lupa berapa ribu. Pakej dia mudah dan teratur aku boleh cakap. 

  • Bas ke Donsak Pier (Tolong jangan buang tiket bas tu, sebab aku gatal tangan pergi koyak kan ticket bas tu, sampai pulau shuttle van yang nak buat transfer ke hotel mintak tiket tu, habis aku... kena bayar extra 100 baht untuk transfer ke hotel)
  • Sampai di Donsak Pier, kita akan naik ferry untuk ke pulau Samui tu. Ferry yang aku amik ni bernama Seatran. Punya la laju ferry tu, bila duduk dalam bilik aircond tu tak rasa macam dia berjalan. Slow... Perjalanan makan masa selama 1 jam setengah untuk sampai ke jetty.
  • Sampai saja di jetty, kita diarahkan untuk jalan sampai ke tepi jalan diman shuttle shuttle sedang tunggu nak transfer holiday goers ni ke hotel. Disini dia akan tanya tiket bas yang kita naik dari airport tadi yang aku gatal tangan pergi koyak kan. So aku bayar la 100 Baht untuk transfer ke hotel di Chaweng. Perjalanan amik masa setengah jam jugak la nak sampai ke Chaweng sebab van ni dia bukan hantar aku jer, dia hantar yang lain dulu dalam perjalanan nak ke Chaweng. Aku sampai di hotel yang aku pilih dlm pukul 5:30 petang

Aku kat Koh Samui ni 5 hari 4 malam, so 2 malam pertama aku adalah di Chaweng dan 2 malam lagi Kat Lamai. Dekat Chaweng, aku duduk di Ploen Chaweng yang aku booking di agoda.com. Hotel dia aku bayar dlm RM 400 jugak lah untuk 2 malam tapi hotel dia standard boutique hotel. Boleh la hotel ni kemas dan bersih. Aku tak nak cerita banyak pasal hotel ni. Aku rehat dan nap sekejap sebelum keluar cari makan. Lapar giler sebab aku makan breakfast jer kat KL pagi tadi.

Bila dah rehat dan mandi aku pun keluar la cari makan, jalan kaki jer tak sewa motor lagi. So aku jalan la ke tempat tumpuan di Chaweng cari makan yg halal. Time aku pergi ni, adalah time dimana Rajanya baru saja mangkat seminggu dan Thailand berkabung selama setahun dan dalam tempoh sebulan tu kerajaan tak benar kan sebarang aktiviti berbentuk hiburan. Jadi pekan Chaweng ni senyap dan sunyi dari bunyi bunyian hiburan pub pub semua dihentikan. Jadinya Chaweng jadi sunyi dan tak ramai orang ketika itu. Lupakan tentang hiburan, masaalah nya aku nak cari kedai makanan halal, dan satu cabaran besar nak cari makanan halal ketika tu dengan badan dah bergoncang sebab lapar. Yang aku cakap challenging sebab ba Alif ba ya ni bersepah.. merana aku sebab tak sanggup nak tengok naik loya and kembang tekak tengok.  Aku jalan jauh jugak la tak jumpa kedai makan halal melainkan kedai India dan Pakistan yang ada tanda halal. Tapi aku tak nak masuk sebab aku tak berkenan masakan dorang ni sebab aku tau cincai berdasarkan pengalaman aku kat Aonang, Krabi. Aku terus kan jalan kaki balik ke hotel 5 star aku nak makan maggi. Aku jalan dari hujung ke hujung jugak la malam tu nak cari makanan halal punya pasal. Susah jugak nak cari makanan halal dekat Chaweng ni. Dalam perjalanan kaki balik, aku sampai di satu kawasan yang ada food court, aku redah masuk kot kot ada jumpa ke... dan alhamdullillah jumpa jugak stall halal siap ada bismillah lagi.
Seperti sedia kala, kat food court tu banyak makanan pelik pelik, kedai aku makan ni, sebelah dia ada jual daging buaya, seriau aku nak makan dekat kedai halal ni. Aku pun tanya la brader owner tu kat stall ni bétul bétul halal ker. Lalu dia pun sekolah kan aku dia cakap pandai baca tak bismillah and perkataan halal dalam jawi. Aku pun jawab la bukan tak pandai cuma nak kan kepastian saja (Double confirmation) sebab pekerja dia ada 3 orang semuanya bertatu, lagi la aku seram nak makan. Tengok dia cakap melayu berlonghat kan Kelantan, jadi aku order saja dari stall dia.
Makanan dia ala ala seafood tomyam la. Kat Thailand ni kawasan kawasan pelancongan, aku mengharapkan sangat dapat makan Thai yang betul betul sedap tapi tak pernah jumpa. So aku order la Nasi Goreng Ikan Masin dengan telur dadar. Makan dia tak berapa sedap harap mahal jer. Disebabkan kebulur aku telan saja. tak choice. Kalau Kat KL aku tak tinggalkan da nasi goreng tu. Harga dia dlm 80 baht untuk nasi goreng dan telur dadar 100 baht.. campur tolak total nya 180 baht. Dalam MYR kira 22 la.. nak Share gambar tak de pulak sebab tak snap.
Lepas makan aku pun beransur pulang ke hotel. Ini sahaja cerita aku untuk hari pertama. 
Akan bersambung untuk hari seterusnya pada post akan datang. 

Aku rasa aku perlu kongsikan pengalaman aku untuk pengunjung yang kali pertama nak jejak pulau peranginan di selatan Thailand.


Nota nota penting untuk dikongsikan.



  1. Beli package Surat Thani Airport > Donsak Pier > Seatran Ferry > Samui > Hotel. Nasihat saya beli terus pergi balik. Aku beli dengan Phantip Travel. Arrangements dorang ni boleh aku cakap teratur dan smooth. Harga?? mmmm...  aku lupa 😀
  2. Jangan buang tiket bas. Nanti menyusahkan hidup bila tiba dijetty Samui. 
  3. Bersabar la dengan perjalanan yang makan masa 4 to 5 jam untuk sampai ke hotel. Ni adat travelers. Untuk aku ni pengalaman yang seronok dan fun... macam redundant plak. 
  4. Sesudah check in sewa motor untuk kemudahan destinasi nak cari makanan halal. Penting tu sebab perut dan badan dah Bergoncang. Kadar sewa motor sehari adalah 200 THB tu masa off peak la, time peak tak pasti plak.
  5. Kedai makanan halal. Kat Chaweng setahu aku yang dah pergi la ada 3..

  • Kedai makan kat food court di Chaweng. Boleh cari di link sini: https://goo.gl/maps/5aTzVp8qutp lokai dia dekat Chaweng Walking Street atau Chaweng Market Walking Street. Kalau dah darurat boleh la makan sini.
  • Kedai makan Faria. Lokasi dia bétul betul bertentangan dengan Bangkok Hospital tapi aku tengok nasi kuning dan lauk ayam seram jugak aku nak makan. Orang cakap sedap makan sini tapi aku buat pekak saja.
  • Restoran Far East - aku makan sini sekali saja pertama dan terakhir. Masak asal boleh saja lepas tu tunggu berejam. Padahal tak de orang pun. Lokasi nya dekat tasik besar Chaweng ada roundabout kecik, kedai dia ngam ngam kat situ.

Sampai sini saja catatan entry aku untuk Part 1 







Comments

Popular posts from this blog

Kembara Bali - Itinerari 6 Hari 5 Malam